PENGKAKAS
Komputer
Komputer
merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan
urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik
dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan
jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan
pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik
aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh
dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.
Unit
pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca,
memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat
membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan
arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau
persekitarannya.
Komputer
boleh juga bertindak balas terhadap sampukan yang membuatkan ia melaksanakan
set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia sedang buat
sebelum sampukan.
Komputer
moden yang berasaskan litar bersepadu adalah berjuta, malah berbilion kali
lebih berupaya berbanding komputer-komputer terawal, dan memerlukan ruang yang
kecil sahaja.[2] Komputer ringkas adalah cukup kecil untuk dimuatkan dalam
peranti mudah alih, dan komputer mudah alih boleh dikuasakan dengan bateri
kecil. Komputer peribadi dalam berbagai reka bentuk adalah lambang Era Maklumat
dan apa yang kebanyakan orang anggap sebagai "komputer". Pun begitu,
komputer terbenam yang didapati dalam pelbagai alat, daripada pemain MP3
sehinggalah jet pejuang dan daripada permainan sehinggalah robot industri
adalah yang paling banyak.
No comments:
Post a Comment